Home Semasa Kes dana Armada: Mahkamah perintah Syed Saddiq bela diri

Kes dana Armada: Mahkamah perintah Syed Saddiq bela diri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bekas Ketua Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA) Bersatu Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri atas 4 pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syed Saddiq, 29, di akhir kes pendakwaan.

Ketua peguambela, Gobind Singh Deo kemudian memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya akann memanggil seramai 15 saksi, termasuk tertuduh.

Syed Saddiq sekali lagi mengulangi pendiriannya menyertai politik untuk ‘membersihkan’ politik.

Walaupun mendapat tekanan daripada pihak tertentu, beliau berkata tidak akan hilang semangat untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Sudah tiba masanya untuk dia memberi keterangan di mahkamah dan memanggil saksi pembelaan supaya keadilan dapat ditegakkan,

“Saya berharap untuk membersihkan nama saya di mahkamah,” katanya pada Jumaat.

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 30 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun lalu.

Saksi terbabit termasuk ibu dan bapa Syed Saddiq, iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff dan bekas Penolong Bendahari ARMADA Bersatu, Rafiq Hakim Razali.

Syed Saddiq didakwa selaku ketua Armada ketika itu yang diamanahkan mengawal dana sayap parti berkenaan telah didapati bersubahat dengan Rafiq dengan melakukan pecah amanah sebanyak RM1 juta milik Armada, di CIMB Bank Bhd, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, pada 6 Mac 2020.-aiartimes.my

Related Articles

Leave a Reply