Home Pertahanan dan Keselamatan Feri terkandas: APMM selamatkan 133 penumpang di Kuala Kedah

Feri terkandas: APMM selamatkan 133 penumpang di Kuala Kedah

by Nurulhuda

KUALA KEDAH, 28 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritm Malaysia (APMM) Zon Kuala Kedah telah membantu menyelamatkan penumpang sebuah feri Starcity Express 6 yang dalam perjalanan dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi yang terkandas pada pukul 4.30, semalam.

Pengarah APMM Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pihaknya telah menerima menerima panggilan dari Jabatan Laut Malaysia (JLM) memaklumkan feri berkenaan terkasndas di posisi 0.5 batu nautika muara Kuala Kedah.

Beliau berkata, bot PERKASA 1224 telah diatur gerak ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan dalam usaha membantu pihak feri dan JLM sebelum paras air mula surut.

“Feri dipercayai terkandas berikutan cuba mengelak tali sauh kapal korek pasir di muara Kuala Kedah,

“Terdahulu, feri berkenaan cuba ditunda oleh sebuah bot (tug boat) milik syarikat kargo di Kuala Kedah namun feri berkenaan terkeluar dari laluan dan tersangkut di beting lumpur,” ujarnya.

Noor Azreyanti memaklumkan, seramai 133 orang penumpang termasuk kanak-kanak dan wanita berada di atas feri berkenaan berjaya dibawa keluar oleh APMM, dibantu beberapa bot nelayan tempatan ke Jeti Penumpang Kuala Kedah.

Operasi menyelamat yang dikoordinasikan oleh Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi ini tamat pada jam 6.30 petang setelah kesemua penumpang berjaya dipindahkan ke jeti dalam keadaan selamat.

Antara agensi dan jabatan yang terlibat ialah Jabatan Laut Malaysia (JLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia (KKM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply