Home Pertahanan dan Keselamatan APMM, Rejimen 22 Komando gempur pengganas di perairan Pulau Tinggi

APMM, Rejimen 22 Komando gempur pengganas di perairan Pulau Tinggi

by Air Times News Network

MERSING, 21 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Mersing dengan kerjasama Skuadron Perahu Khas, Rejimen 22 Komando telah berjaya laksanakan latihan Operasi Melawan Keganasan Maritim di sekitar perairan Pulau Tinggi, semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, kerjasama latihan yang dijalankan sempena Hari Pengajian Gerak Khas (HPGK) ini adalah bagi memperkukuhkan keselamatan perairan negara dalam melawan keganasan maritim.

“Kapal Maritim (KM) PERWIRA telah dijadikan sebagai Staging Point Platform atau lokasi kejadian menyelamatkan tebusan bagi pasukan gempur Grup Gerak Khas (GGK),

“Senario latihan ini melibatkan sebuah kapal maritim negeri Johor iaitu KM PERWIRA, PERKASA 31 dan 10 buah bot dari GGK,

“Latihan ini melibatkan 40 anggota APMM dan 100 anggota GGK, Regimen 22 Komando, Kem Iskandar Mersing,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply