Home Politik PRU15: Rakyat Malaysia mengundi 19 November ini

PRU15: Rakyat Malaysia mengundi 19 November ini

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 20 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November (Sabtu) sebagai hari pengundian.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November (Sabtu) dan tarikh pengundian awal pula pada 15 November (Selasa).

“Sehubungan itu, SPR memutuskan satu PRU15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan Rakyat serta 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, 15 kerusi DUN Perlis dan 59 kerusi DUN Perak,

“Pada masa yang sama, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.66 Bugaya, Sabah juga akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November ini sehingga pukul 11.59 malam 18 November ini.

Manakala, SPR akan menggunakan daftar pemilih terkini sehingga daftar pemilih tambahan bulan Ogos 2022 yang dikemaskini pada 9 Oktober 2022. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply