Home Pertahanan dan Keselamatan Radar Coastal Surveilliance System kesan cubaan 2 PATI Filipina ceroboh masuk Malaysia

Radar Coastal Surveilliance System kesan cubaan 2 PATI Filipina ceroboh masuk Malaysia

by Air Times News Network

SEMPORNA, 20 Okt – Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan cubaan 2 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina cuba memasuki sempadan Malaysia di kawasan perairan Pulau Omadal, pada Ahad lepas.

Markas Angkatan Bersama dalam hantaran di media sosialnya berkata, Radar Coastal Surveilliance System (CSS) telah mengesan 2 objek yang mencurigakan bergerak memasuki ke sempadan perairan Malaysia dari arah Filipina di kedudukan Timur Laut CSS Danawan pada jam 7.22 malam.

“Daripada maklumat awal tesebut, Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) bertempat di Markas ATB 2 telah mengarahkan Tim Quick Reaction Force (QRF) bersama bot Viper 04 yang dalam tugas pengawasan di perairan Pulau Omadal untuk melakukan pintasan,

“Tim QRF telah berjaya membuat pintasan pada jam 7.40 malam dan berjaya menahan bot laju pertama manakala sebuah lagi gagal dikesan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap bot tersebut mendapati 2 orang awak-awak lelaki yang berbangsa Bajau merupakan warganegara Filipina ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah.

Turut dijumpai di dalam bot tersebut, 12 tong minyak kosong yang berkapasiti 25 liter per tong, satu tong berisi minyak berkapasiti 20 liter, sebuah tong gas hijau 14 kg, kipas enjin dan wang tunai berjumlah RM771.40.

“Tindakan seterusnya, Tim QRF bersama Viper 04 mengiringi bot laju tersebut ke Jeti Azumi dan kesemua tahanan telah dibawa ke Hospital Semporna bagi tujuan melaksanakan ujian saringan COVID-19,

“Barang-barang yang turut dirampas adalah sebuah bot bernilai RM8,000 dan sebuah enjin bot Yamaha 40 hp bernilai RM12,000,

“Anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM21,051.40. Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna dan kesemua barang rampasan serta tahanan diserahkan untuk tindakan lanjut,” ujarnya lagi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply