Home Pertahanan dan Keselamatan Hubungan diplomasi antarabangsa Malaysia, Arab Saudi diperkasa

Hubungan diplomasi antarabangsa Malaysia, Arab Saudi diperkasa

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Malaysia terus perkukuh hubungan diplomasi pertahanan antarabangsa bersama Arab Saudi dalam lawatan ulung di Wisma Pertahanan (MINDEF) pada Rabu.

Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam satu hantaran media sosial rasminya berkata, pucuk kepimpinan dari negara tersebut, HE General Fayyad Hamed Al Ruwaili, Chief of Staff Saudi Armed Forces telah disambut oleh rakan sejawatnya, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, pagi tadi.

Lawatan tersebut merupakan upacara julung kalinya yang diadakan di Malaysia serta berketepatan dengan inisiatif Panglima Angkatan Tentera dalam memperkasakan hubungan diplomasi pertahanan.

“Istiadat berlangsung dengan upacara tabik hormat serta pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama yang didirikan oleh pasukan batalion pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1RAMD),

“Sejurus itu, beliau telah melaksanakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera yang turut disertai oleh Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara serta Ketua Staf Markas ATM dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan,” katanya.

Jelasnya, pengukuhan diplomasi tersebut turut bertujuan dalam meningkatkan kesefahaman serta menyatakan komitmen angkatan tentera kedua-dua negara dalam pelbagai aktiviti ketenteraan di masa hadapan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply