Home Pertahanan dan Keselamatan Sindiket penyeludupan PATI Indonesia didalangi 2 pegawai JIM tumpas

Sindiket penyeludupan PATI Indonesia didalangi 2 pegawai JIM tumpas

by Air Times News Network

ISKANDAR PUTERI, 13 Okt – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didalangi 2 pegawainya menerusi operasi khas di Larkin Sentral dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada Rabu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sindiket tersebut aktif menyeludup PATI yang telah disenarai hitam oleh pihaknya untuk memasuki Malaysia.

“Sindiket berkenaan dipercayai menyeludup masuk warga Indonesia yang pernah dikenakan tindakan atau hukuman serta disenarai hitam pihak JIM atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam hantaran di media sosial JIM.

Katanya, Operasi Seludup Hitam yang dijalankan 18 pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen Putrajaya berjaya mengekori kegiatan sindiket itu.

“Hasil serbuan ini berjaya menahan 2 dalang atau tekong warga tempatan yang berperanan sebagai ‘transporter’ berusia 34 dan 49 tahun,

“Selain itu turut ditahan 25 PATI Indonesia yang baharu diseludup dan diangkut menggunakan bas,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply