Home Politik Zuraida dilantik Presiden baharu Parti Bangsa Malaysia

Zuraida dilantik Presiden baharu Parti Bangsa Malaysia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai Presiden baharu Parti Bangsa Malaysia bagi menerajui Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggantikan Larry Sng Wei Shein.

Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad berkata, perkara itu dipersetujui setelah PBM melakukan proses yang sewajarnya bersesuaian dengan garis panduan Perlembagaan Parti.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi PBM yang berlangsung semalam setelah mesyuarat berkenaan mengesahkan 7 usul yang diluluskan semasa Persidangan Agung Tahunan (PAT) 2022 di Shah Alam pada 1 Oktober yang lalu,

“Antara usul yang diterima sebulat suara termasuk meletakkan Zuraida sebagai presiden PBM,

“Sehubungan itu, Majlis Tertinggi yang bersidang semalam telah meneliti dan menjalankan proses yang wajar serta bersesuaian dengan garis panduan Perlembagaan Parti telah mengangkat Kamaruddin sebagai Presiden parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Nor Hizwan, Majlis Tertinggi dan seluruh ahli PBM mengucapkan tahniah diatas pelantikan tersebut.

“Majlis tertinggi mendoakan Zuraida terus diberi kekuatan bagi meneraju parti untuk terus cemerlang dalam memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia,

“Majlis Tertinggi juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Larry Sng yang telah memimpin parti sebelum ini,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply