Home Pertahanan dan Keselamatan Program tingkat upaya CN235 MPA TUDM siap akhir tahun ini

Program tingkat upaya CN235 MPA TUDM siap akhir tahun ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Program naik taraf CN235 kepada konfigurasi pesawat rondaan maritim (Maritim Patrol Aircraft, MPA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka akan selesai pada akhir tahun 2022.

Perkara tersebut dinyatakan oleh syarikat pertahanan negara jiran, PT Dirgantara Indonesia (PTDI) di akaun media sosial rasminya, semalam.

Terdahulu, syarikat tersebut menyatakan pesawat kedua CN235 MPA TUDM telah diterbangkan ke Kuching, Sarawak pada 7 Oktober.

“CN235-220 TUDM yang diserahkan ini merupakan pesawat yang telah dinaiktaraf  kepada konfigurasi MPA,

“Usaha ini dilaksanakan oleh PTDI di bawah program Maritime Security Initiative (MSI),

“Program ini dijangka siap menjelang akhir tahun 2022,” katanya.

Pesawat CN235 MPA yang pertama telah diserahkan kepada TUDM oleh pihak US Navy pada Ogos lalu. Foto: US NAVAIR

MSI merupakan inisiatif keselamatan oleh Amerika Syarikat (AS). Pihak kedutaan AS dalam satu kenyataan pada Oktober tahun lalu menyatakan program naiktaraf ini melibatkan 3 buah CN235 TUDM.

“Tingkat upaya ini akan meningkatkan keupayaan rondaan maritim TUDM di Laut China Selatan,” kata kenyataan itu.

Pesawat pertama telah diserahkan oleh US Navy pada Ogos lalu melalui U.S. Naval Air Systems Command (NAVAIR).

Program tingkat upaya CN235 TUDM dilaksanakan selepas lebih 3 tahun AS dan Malaysia menandatangani perjanjian untuk pertingkatkan keupayaan serta daya saling operasi antara kedua-dua pihak.

Pesawat kedua CN235 MPA TUDM telah diterbangka ke Malaysia, semalam. PTDI jangka pesawat terakhir akan siap dinaiktaraf menjelang akhir 2022. Foto: PTDI

“Program ini adalah bertujuan untuk membantu kerajaan Malaysia dalam meningkatkan tahap keselamatan perairan serta tahap kesedaran domain maritim (Maritime Domain Awareness, MDA) terutamanya di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif,” kata NAVAIR dalam kenyataan bertarikh 3 Ogos 2022.

Menurutnya, projek ini mengintegrasikan keupayaan ISR pada pesawat CN235 yang terlibat.

Projek tingkat upaya CN235 bermula pada September 2020 dengan menyaksikan penerbangan pertama pesawat yang dinaiktaraf pada Oktober 2021. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply