Home PolitikBarisan Nasional Adi Putra diangkat ikon Pemuda BN Selangor

Adi Putra diangkat ikon Pemuda BN Selangor

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Hero filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra diangkat menjadi ikon Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Adi Putra bersedia melapangkan masa untuk membantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Menerima kunjungan Hero Mat Kilau pelakon tersohor yang juga merupakan sahabat saya Datuk Adi Putra,

“Banyak perkara dibincangkan termasuk cabaran mempelbagaikan pendekatan mencanai nilai patriotisme dikalangan anak-anak muda masa kini,

“Hikmah meletopnya filem Mat Kilau banyak membuka mata anak-anak muda untuk menelaah sejarah tanahair dengan penuh penghayatan,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.

Menurut Asyraf, Adi Putra tidak dapat bersama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ni kerana berada di Tanah Suci.

“InsyaAllah beliau bersedia lapangkan masa untuk bantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang PRU-15 nanti,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply