Home Semasa Penganjur protes ‘Nyawa Dulu Baru PRU’ akan dipanggil

Penganjur protes ‘Nyawa Dulu Baru PRU’ akan dipanggil

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Polis akan memanggil penganjur demonstrasi membantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) di hadapan pusat beli-belah Sogo yang diadakan semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengenal pasti penganjur protes dan akan memanggil mereka untuk direkodkan kenyataan mereka secepat mungkin.

“Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa demonstrasi itu,

“Polis membuka siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman,” katanya.

Semalam, demonstrasi yang berlangsung kira-kira 45 minit secara aman itu dianjurkan Parti Ikatan Demokratik (MUDA), bermula sekitar jam 4 petang dan berakhir pada jam 4.45 petang.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, salah seorang yang menyampaikan ucapan pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 50 peserta.

Sebahagian peserta demonstrasi dilihat memegang sepanduk ‘nyawa dulu, baru PRU’, menyeru pihak yang berkenaan untuk mengutamakan nyawa daripada pilihan raya semasa protes. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply