Home PolitikBarisan Nasional KJ nafi keluar UMNO

KJ nafi keluar UMNO

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa telah keluar daripada UMNO.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menegaskan, beliau tetap ahli UMNO dulu, kini dan selamanya.

“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap UMNO,

“Saya menang KP (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO) tapi tak dilantik Kabinet dan dipulau, tetap UMNO. Waktu kalah PRU-13 dan macam-macam political persecution, tetap UMNO,

“Saya kalah Presiden (UMNO) dan dipandang semacam, tetap UMNO. Kena cari kawasan baharu pun, tetap UMNO. Jangan risau. Dulu, kini, selamanya,” katanya menerusi Instastory di Instagram miliknya.

Beliau berkata demikian susulan sebuah video berdurasi 2 minit 7 saat yang dimuat naik di laman Youtube bertajuk ‘KJ keluar UMNO! Sah Keputusan Muktamad Khairy Jamaluddin’. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply