Home Semasa Mahasiswa Universiti Al Azhar warga Malaysia ditahan di Mesir

Mahasiswa Universiti Al Azhar warga Malaysia ditahan di Mesir

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar warganegara Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.

Beliau berkata, susulan penahanan tersebut, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan makumat lanjut mengenai kes ini.

“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan kes ini menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

“Pihak kementerian juga akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply