Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 2 bot nelayan, gaji kru warga asing

APMM tahan 2 bot nelayan, gaji kru warga asing

by Air Times News Network

KUALA KURAU, 12 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau berjaya menahan 2 buah bot nelayan tempatan kelas B kerana melanggar syarat lesen dan mengajikan kru warg asing di kedudukan 1.6 dan 1.7 batu nautika barat Pulau Pasir Hitam, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Larut Matang, pihaknya telah mengesan 2 bot terbabit sedang menangkap ikan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, 2 kru warga tempatan dan seorang kru warga Myanmar mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berumur antara 18 hingga 31 tahun,

“Pemeriksaan lanjut, kedua-dua bot terbabit mempunyai lesen yang sah, namun bot terbabit tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya,” katanya.

Mohd Najhah berkata, tekong salah sebuah bot ditahan kerana gagal mengemukakan kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Sebanyak 300 kilogram (kg) ikan baja turut ditemukan ketika pemeriksaan ke atas kedua-dua bot terbabit,

“Kesemua nelayan, bot, peralatan menangkap ikan dan ikan baja dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply