Home PolitikPAS /PPBM / LAIN MUDA berhasrat sertai Pakatan Harapan, cadang tanding 15 kerusi – Syed Saddiq

MUDA berhasrat sertai Pakatan Harapan, cadang tanding 15 kerusi – Syed Saddiq

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memaklumkan telah sebulat suara untuk menyertai komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan, perbincangan tidak rasmi berhubung perkara itu telah dilakukan bersama pimpinan tertinggi PH sebelum ini.

“Perbincangan awal penyertaan MUDA ke dalam PH telah bermula,

“MUDA juga terbuka mengadakan satu perbincangan rasmi bersama Majlis Presiden PH untuk membincngkan hala tuju negara dalam memastikan bahawa suara rakyat diangkat,

“Selain itu, ia adalah bagi membina Malaysia yang maju, bermaruah serta integriti dan meraikan kepelbagaian kaum serta agama,

“Bukan sekadar kolaborasi dengan PH (untuk PRU15) tapi bermula perbincangan awal untuk penyertaan blok stabil dengan prinsip perjuangan yang sama,”katanya selepas mengadakan perbincangan rasmi antara pimpinan Muda pada hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Muar itu berkata isu pembahagian kerusi masih belum dibincangkan.

“Perbincangan tidak bersandarkan kepada isu kerusi, tetapi berkenaan kesepaduan pembangkang dalam menyertai Pilihan raya supaya kita dapat memperkukuhkan institusi rakyat yang kini diserang dari Barisan Nasional (BN) khususnya,

“Apabila mereka cuba ingin melemahkan institusi Peguam Negara, institusi Kehakiman demi beberapa pemimpin sahaja,” tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Presidennya Amira Aisya Abdul Aziz turut berkata, parti itu menjangkakan akan bertanding tidak kurang 15 kerusi Parlimen pada PRU-15 itu nanti. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply