Home Pertahanan dan Keselamatan 7 pusat hiburan diserbu, 33 individu ditahan

7 pusat hiburan diserbu, 33 individu ditahan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Seramai 33 individu ditahan dalam operasi bersepadu pusat hiburan di ibu negara yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama beberapa agensi penguatkuasaan lain, awal pagi tadi.

DBKL dalam hantaran di media sosialnya berkata, operasi berkenaan dijalankan dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 7 buah pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur.

“Individu yang ditahan melibatkan 25 orang lelaki dan 8 wanita yang melakukan pelbagai kesalahan syariah berkaitan minum minuman memabukkan,

“Kesemua mereka akan dikenakan tindakan lanjut dan JAWI mengeluarkan 50 Surat Perintah Hadir (SPH) kepada individu beragama islam untuk hadir ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559),” katanya.

Dalam pada itu, DBKL pula mengenakan penutupan serta merta terhadap 3 buah premis dan menyita peralatan di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

“DBKL turut membuka 3 kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik/DJ) tanpa kebenaran dan mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah Kaedah 29(2), Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan,” ujarnya.

Sebanyak 17 peralatan muzik di 3 buah premis berkenaan disita dan kesemua peralatan muzik telah dihantar ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara. -airtimes.my

Individu yang ditahan melibatkan 25 orang lelaki dan 8 wanita yang melakukan pelbagai kesalahan syariah berkaitan minum minuman memabukkan

Related Articles

Leave a Reply