Home Pertahanan dan Keselamatan Projek LCS: Saya akan tunjukkan satu persatu penyelewengan yang berlaku – Rafizi

Projek LCS: Saya akan tunjukkan satu persatu penyelewengan yang berlaku – Rafizi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan mendedahkan skandal penyelewengan perolehan 6 Kapal Tempur Pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion dalam tempoh sebulan.

“Saya akan tunjukkan satu persatu penyelewengan yang berlaku, termasuk syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan untuk melarikan wang,

“Modus operandi tak ubah macam 1MDB dahulu,

“Masaklah Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) kali ni. Biar dia jawab bagaimana pertahanan negara jadi lemah semasa dia jadi perdana menteri, selama ini dia fitnah kononnya semua orang jual aset negara,” katanya dalam hantaran di media sosialnya pada Sabtu.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan mengumumkan hasil siasatan mengenai projek perolehan kapal LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam masa terdekat.

Katanya, siasatan mengenai kes tersebut kini di peringkat akhir dan pihaknya perlu merujuk kepada Jabatan Peguam Negara serta beberapa pihak berkaitan sebelum mendedahkan hasil siasatan.

Terdahulu, Najib menerusi hantaran di media sosialnya mendakwa, Pakatan Harapan (PH) melewat dan membekukan sepenuhnya projek LCS pada 2019. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply