Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais Helang Rimba tingkat kemahiran anggota 17 RAMD (Para) lawan insurgensi

Eksesais Helang Rimba tingkat kemahiran anggota 17 RAMD (Para) lawan insurgensi

by Air Times News Network

KULAI, 1 Ogos – Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) telah melaksanakan Eksesais HELANG RIMBA Siri 1/2022 bagi meningkatkan kemahiran melawan insurgensi Battle Group Eagle di sekitar kawasan am Ulu Choh, Kulai, Johor pada 16 hingga 23 Julai lalu.

Buletin 10 Briged (Para) dalam hantaran di media sosialnya berkata, latihan ini adalah kolaborasi bersama dengan Cawangan Ketua Kompeni, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA).

“Objektif eksesais adalah untuk memantapkan kemahiran, melatih pegawai dan anggota dalam pelaksanaan tugas serta peranan 10 Briged (Para) dalam 𝘊𝘰𝘶𝘯𝘵𝘦𝘳 𝘐𝘯𝘴𝘶𝘳𝘨𝘦𝘯𝘤𝘺 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (CIO),

“Eksesais dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran pegawai dan anggota dalam keadaan siap sedia pada sebilang masa,” katanya.

Menurutnya, eksesais bermula dengan perlaksanaan peningkatan kepada pembelajaran teori dan 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘋𝘳𝘪𝘭𝘭 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 sebelum melaksanakan 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘤𝘦𝘥𝘶𝘳𝘦 termasuk penyampaian perintah serta 𝘛𝘢𝘤𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 𝘞𝘪𝘵𝘩𝘰𝘶𝘵 𝘛𝘳𝘰𝘰𝘱 (TEWT).

“Antara penumpuan pengisian Eksesais MT 𝘈𝘮𝘣𝘶𝘴𝘩/𝘐𝘯𝘴𝘦𝘳𝘵𝘪𝘰𝘯, 𝘗𝘢𝘵𝘳𝘰𝘭, 𝘈𝘮𝘣𝘶𝘴𝘩, 𝘊𝘭𝘰𝘴𝘦 𝘙𝘦𝘤𝘤𝘦 dan 𝘈𝘵𝘵𝘢𝘤𝘬 𝘔𝘙𝘈 𝘊𝘢𝘮𝘱,” ujarnya. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply