Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-9 sumbang PPE kepada Klinik Municipality Jibal Al Butm

MALBATT 850-9 sumbang PPE kepada Klinik Municipality Jibal Al Butm

by Air Times News Network

JIBAL AL BUTM, 28 Jul – Pasukan Malaysian Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) telah memberi sumbangan peralatan kelengkapan pelindungan diri (PPE) kepada Klinik Municipality, semalam.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam hantaran di media sosialnya berkata, sumbangan ini telah di koordinasikan oleh Sel Cimic MALBATT 850-9 bersama Sector West Civil Affair untuk kegunaan setiap petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertugas mengekang wabak pandemik COVID-19 di Klinik tersebut.

“Sumbangan yang diberikan berbentuk Mask KN95, Surgical Mask, Vinyl Gloves, Nitrile Gloves, Kiargel dan Suit Protective untuk digunakan khususnya apabila berhadapan dengan situasi atau kes-kes yang melibatkan wabak COVID-19,

“Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ketua Kompeni Charlie MALBATT 850-9 Mejar Khairul Irwan Sulaiman kepada Mayor Jibal Al Butm Hajj Hassan Eideebee,” katanya.

Dalam pada itu, Mayor Jibal Al Butm merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada MALBATT 850-9 yang prihatin dengan tugas dan cabaran mereka dalam menangani serta mengekang penularan pandemik COVID-19. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply