Home Pertahanan dan Keselamatan Kerjasama pertahanan 4 negara ASEAN jamin keselamatan Selat Melaka – Hishammuddin

Kerjasama pertahanan 4 negara ASEAN jamin keselamatan Selat Melaka – Hishammuddin

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=E5HZvbTnGKA[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 21 Jul – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand akan meningkatkan kerjasama pertahanan menerusi Rondaan Maritim Selat Melaka (MSP) di Selat Melaka.

Beliau berkata, MSP ini bertujuan membendung cabaran keselamatan dan ancaman pelanunan dengan melibatkan kerjasama antara tentera laut dan udara dari 4 buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura serta Thailand.

“Semasa pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon pada 26 Mei lalu, terdapat beberapa kesepakatan penting dicapai yang mana salah satunya ialah hasil cadangan Malaysia, berhubung kerjasama pertahanan di Selat Melaka diperluas kepada Mesyuarat Empat Hala Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand,

“Malah, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut mengulangi pendirian teguh untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan sedia ada termasuk meningkatkan keberkesanan Rondaan Selat Melaka bersama 2 lagi negara iaitu Indonesia dan Thailand,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Pada masa sama, Hishammuddin memaklumkan mengenai kerjasama ketenteraan dalam Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) antara Filipina, Indonesia dan Malaysia telah bersetuju untuk menjemput Brunei Darussalam.

“Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Yang Berhormat Pehin Halbi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan menunggu perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Brunei Darussalam,” ujarnya.

Hishammuddin berkata, bagi menjawab pertanyaan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) yang bertanyakan apakah bentuk perancangan kerjasama ketenteraan TCA antara Filipina, Indonesia dan Malaysia dan sama ada kerjasama ketenteraan akan dilanjutkan kepada negara-negara ASEAN lain. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply