Home Semasa Najib punca negara berdepan tuntutan RM67.5 billion – Rafizi

Najib punca negara berdepan tuntutan RM67.5 billion – Rafizi

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=myZSoK6Q43c[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 19 Jul – Pemimpin Parti Keadialan Rakyat (PKR) menggesa pihak berkuasa untuk membuka kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diatas kecuaian beliau dalam berurusan dengan waris kesultanan Sulu sehingga mengakibatkan rampasan aset Petronas di luar negara.

Timbalan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berharap kebenaran akan terungkap daripada penyiasatan, mendakwa bahawa Najib telah melarikan diri serta menunding jari kepada pentadbiran selepas beliau.

“Najib dilihat cuba mengalihkan fokus rakyat dan melarikan diri dari memberi penjelasan berkaitan isu ini,

“Beliau cuba mengatakan apa sahaja yang beliau mahu dan menyalahkan Perdana Menteri yang menggantikan bermula dengan Tun Mahathir Mohammad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

“Najib dibenarkan bercakap apa sahaja mengenai isu waris Sulu dan cepat mengalihkan isu itu,” kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu kepada pemberita di luar balai polis Setiawangsa, hari ini.

Sebelum itu, Rafizi bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah telah mengetuai parti itu dalam memfailkan laporan polis terhadap Najib.

Beliau menjangkakan 150 lagi laporan berhubung isu itu akan difailkan oleh rakan-rakan PKR lain di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Rafizi menyalahkan pentadbiran Najib semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu telah berhenti membayar yuran tahunan RM5,300 kepada keturunan Sulu pada 2013.

“Najib sepatutnya mengambil langkah yang perlu untuk mengelak sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap kerajaan, selepas menghentikan bayaran kepada mereka (waris Kesultanan Sulu),

“Sebagai Perdana Menteri ketika itu, beliau sepatutnya tahu tindakan (menghentikan bayaran) itu akan mengundan tindakan undang-undang,

“Notis tuntutan itu dihantar kepada kerajaan pada 2 Nov 2017, ketika Najib menjadi perdana menteri,

“Kalau ikutkan, notis tersebut patut dibalas serta-merta. Respons segera akan menunjukkan betapa seriusnya kita dalam menangani isu ini,

“Kecuaian Najib semasa menjadi Perdana Menteri telah mendedahkan negara kepada tuntutan aset sebanyak RM67.5 bilion,” jelas bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

Rafizi turut menuduh Najib dengan sengaja mengalihkan perhatian daripada isu berhubung tuntutan Sulu itu, sedangkan keputusan menghentikan bayaran tersebut dibuat dibawah pentadbirannya.

“Beliau berlagak seperti ‘superstar’, seolah-olah tidak bersalah. Sepanjang 4 tahun lepas, beliau hanya mengolah kebenaran dan memanipulasinya mengikut naratif sendiri,” tegasnya.

Baru-baru ini, Financial Times melaporkan aset 2 anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, dan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).

Susulan itu, kerajaan menjelaskan, ia mendapat perintah penangguhan terhadap penguatkuasaan keputusan mahkamah timbang tara Perancis yang memerintahkan kerajaan membayar USD14.9 bilion kepada waris Kesultanan Sulu. -airtimes.my

Twt: Pemimpin PKR gesa pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diatas kecuaian beliau dalam berurusan dengan waris kesultanan Sulu sehingga mengakibatkan rampasan aset Petronas di luar negara.

#AirTimes #Sulu #Sabah #Najib #semasa

Related Articles

Leave a Reply