Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat peroleh aset baharu, perkukuh teknologi pertahanan

Tentera Darat peroleh aset baharu, perkukuh teknologi pertahanan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima aset baharu bagi beberapa jenis kenderaan dan senjata dalam pengukuhan teknologi pertahanan negara di 92 Depot Pertahanan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen, semalam.

TDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, perolehan aset tersebut meliputi Kenderaan Jenis B (KJB), Kenderaan Jenis C (KJC), Senjata Sub Machine Gun, peralatan optronik serta peralatan pelbagai bagi suku tahun kedua tahun 2022.

“Antara aset KJB yang diterima merupakan bas 44 penumpang Mobile Field Kitchen (MFK) manakala KJC pula adalah Track Excavator dan Taktikal Mobility Support System (TMSS),

“Selain itu, TDM menerima Night Vision Weapon Sight (NVWS) serta peralatan pelbagai Non Lethal Restraint (NLR) dimana ia merupakan peralatan optronik,” jelas beliau.

Majlis disempurnakan bersama penyerahan kunci replika kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, sebagai simbolik serahan aset berkenaan kepada TDM.

Turut hadir juga, Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS TD), Mejar Jeneral Datuk Mohd Sopi Md Lepi, pegawai-pegawai kanan TD serta wakil syarikat pembekal.

Jelasnya lagi, penerimaan aset baharu ini sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-28. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply