Home Pertahanan dan Keselamatan Cuaca bukan penghalang anggota laksana latihan Istiadat Mengarak Panji-Panji Agong

Cuaca bukan penghalang anggota laksana latihan Istiadat Mengarak Panji-Panji Agong

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 3 Jun – Panas bukan penghalang buat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjalani latihan dalam menyatukan Istiadat Mengarak Panji-Panji Agong yang dijadualkan pada 10 Jun nanti.

Markas ATM dalam hantaran media sosialnya berkata, perbarisan tersebut akan melibatkan 5 Panji-Panji yang diarak iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Panji-Panji Rejimen Renjer Diraja (RRD), Panji-Panji Kor Armor Diraja (KAD), Panji-Panji Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurutnya lagi, ketiga-tiga cabang perkhidmatan terus bersungguh-sungguh bagi menjayakan perbarisan Istiadat Perarakan Panji-Panji walau dalam keadaan berpanas terik pada hari ini.

“Panji – Panji adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply