Home Pertahanan dan Keselamatan KPDNHEP serbu rumah simpan stok barang kawalan tanpa lesen

KPDNHEP serbu rumah simpan stok barang kawalan tanpa lesen

by Air Times News Network

TANAH MERAH, 11 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Kelantan berjaya merampas barang kawalan bernilai RM3,120 di Kampung Bukit Merah Dalam pada Selasa.

KPDNHEP dalam hantaran di media sosialnya berkata, operasi bersepadu jam 10 pagi itu disertai Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor, Tumpat bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara.

“Bertindak daripada hasil maklumat risikan yang telah dijalankan mendapati sebuah premis menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak dan tepung gandum tanpa memiliki lesen yang sah sebagaimana diperuntukkan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Menurutnya, pasukan operasi menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas premis tersebut dan menemui minyak masak paket 1 kilogram (kg) bersubsidi serta tepung gandum 1kg bersubsidi diletakkan di bawah garaj dalam kawasan sebuah rumah di lot tersebut.

“Sitaan terhadap minyak tersebut sebanyak 408kg dan tepung gandum berjumlah 840kg telah dibuat kerana pemilik premis gagal mengemukakan sebarang lesen sah mengenai pemilikan barang kawalan tersebut,

“Anggaran nilai rampasan barangan kawalan adalah sebanyak RM1,020 bagi minyak masak dan RM2,100 melibatkan tepung gandum dengan keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM3,120,

“Siasatan dan tindakan lanjut akan dijalankan oleh KPDNHEP Negeri Kelantan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply