Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes kematian doktor pelatih: JKN tunggu keputusan ujian makmal – Air Times News Network
Home Semasa Kes kematian doktor pelatih: JKN tunggu keputusan ujian makmal

Kes kematian doktor pelatih: JKN tunggu keputusan ujian makmal

by Nurulhuda

GEORGETOWN, 4 Mei – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang masih menunggu beberapa keputusan ujian makmal sebelum melengkapkan laporan siasatan berhubung kes kematian seorang doktor pelatih yang ditemui jatuh dari bangunan kediamannya.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Ma’arof Sudin mengesahkan bahawa mangsa adalah kakitangan seorang pegawai perubatan siswazah yang melaporkan diri di negeri itu pada awal bulan lalu.

“Mendiang telah ditemui jatuh dari kediamannya pada 17 April lalu,

“Kes ini adalah bawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengarahkan bedah siasat dijalankan. Bedah siasat dilakukan di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP). Laporan lengkap siasatan masih menunggu beberapa keputusan ujian makmal,

“Laporan akhir akan dikemukakan kepada pihak PDRM untuk membantu siasatan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dr Ma’arof juga memberi jaminan bahawa pihaknya dan HPP akan memberi sepenuh kerjasama kepada polis dalam siasatan selanjutnya.

Sehubungan itu, dia memohon kerjasama semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih kerana kes masih dalam siasatan serta bagi menghormati keluarga mangsa.

Semalam, portal melaporkan seorang doktor pelatih meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di Georgetown, Pulau Pinang.

Kematian pegawai perubatan itu, hanya beberapa minggu selepas dia dihantar ke HPP, telah mencetuskan bantahan daripada rakan sekerjanya, yang menggesa pihak berkuasa untuk tidak menanggapi perkara ini sebagai isu ‘biasa’.

Pada penghujung tahun 2022, dilaporkan seorang doktor pelatih lelaki yang bertugas di HPP ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Bukit Jambul dan dipercayai akibat membunuh diri.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?