Home Semasa Cuti Hari Pekerja dibawa ke Rabu

Cuti Hari Pekerja dibawa ke Rabu

by M.Daim

PUTRAJAYA, 2 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan Cuti Hari Pekerja telah dibawa kepada 4 Mei 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada hari ini.

“Selaras dengan pengumuman tersebut, Cuti Hari Pekerja Secara automatik dibawa kepada 4 Mei,

“Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951, Holiday Ordinance (Sabah) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak),

“Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai kepada Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad di mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut,” katanya.

Beliau menambah, sebarang pengumuman berkenaan cuti adalah tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply