Home SemasaGlobal Perang jika Israel berdegil masih usik Al-Aqsa– HAMAS

Perang jika Israel berdegil masih usik Al-Aqsa– HAMAS

by M.Daim

GAZA, 2 Mei – Pemimpin HAMAS, Yahya Sinwar menegaskan peperangan akan tercetus sekiranya Israel berdegil untuk terus menganggu Masjid Al-Aqsa.

Dalam satu perhimpunan pada malam Sabtu, Sinwar menegaskan Hamas tidak akan berdiam diri dan mengambil tindakan jika pasukan keselamatan Israel terus mencabuli masjid ketiga suci umat Islam itu.

“Kita mesti bersedia untuk pertempuran yang lebih besar sekiranya pihak penjajah tidak menghentikan tindakan agresif mereka terhadap Al-Aqsa,

“Mencabuli Al-Aqsa dan Jerusalem membawa erti peperangan,” katanya.

Ketegangan di antara Hamas dan Tel Aviv kian genting berikutan beberapa siri pertembungan di antara masyarakat Palestin serta pasukan keselamatan Israel di Al-Aqsa untuk tempoh sebulan yang lalu.

Tel Aviv sebelum ini telah menghalang ahli politik ekstremis Israel, Itamar Ben-Gvir dari memasuki kawasan Bandar Lama Jerusalem selepas diancam dengan serangan roket oleh Hamas. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply