Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sultan Johor: Henti sementara semua aktiviti menyelam di perairan Mersing – Air Times News Network
Home Semasa Sultan Johor: Henti sementara semua aktiviti menyelam di perairan Mersing

Sultan Johor: Henti sementara semua aktiviti menyelam di perairan Mersing

by Air Times News Network

MERSING, 8 Apr – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kesemua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan sementara waktu.

Titah itu berikutan kehilangan 4 orang penyelam di sekitar Pulau Tokong Sanggul, berhampiran Pulau Sibu, pada Rabu.

“Saya mahu kesemua aktiviti menyelam dihentikan sementara sehingga kita dapat kenal pasti apa sebenarnya yang berlaku pada mereka. Aktiviti menyelam tidak boleh diteruskan jika tahap keselamatan diragui,

“Peraturan-peraturan aktiviti menyelam oleh pihak berkuasa juga mesti dikaji semula secara menyeluruh sebelum ia boleh dibenarkan beroperasi semula,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Sultan Ibrahim bertitah, peraturan yang telah dikaji semula juga perlu diumumkan bagi mengembalikan keyakinan orang ramai serta pelancong.

Terdahulu, penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, dan anaknya yang merupakan warga Belanda, Nathan Renze, 14 serta seorang remaja perempuan dari Perancis, Alexia Alexandra, 18.

Semalam wanita Norway, Kristine Grodem, 35, yang merupakan jurulatih selaman berjaya ditemukan dalam keadaan selamat. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?