Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin patahkan aktiviti bom ikan, seludup barang terkawal di Sabah

Polis Marin patahkan aktiviti bom ikan, seludup barang terkawal di Sabah

by Air Times News Network

KUDAT, 8 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya mematahkan aktiviti mengebom ikan dan seludup barangan terkawal di perairan Pulau Sibogoh, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asistan Suprintendan Polis Cyrill Douglas berkata, pihaknya telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan dan pemantauan pada jam 1100 pagi.

“Suspek bertindak melarikan diri ke kawasan cetek dan gagal dikesan oleh pihak berkuasa,

“Sewaktu kejar mengejar, suspek telah membuang satu objek ke dalam laut yang dipercayai digunakan untuk aktiviti mengebom ikan, katanya.

Tambahnya lagi, PPM turut berjaya merampas beberapa liter minyak diesel yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran dianggarkan bernilai RM19,450.00.

Beliau turut menjelaskan, rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut serta kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply