Home Pertahanan dan Keselamatan Cubaan seludup minyak masak ke negara jiran gagal

Cubaan seludup minyak masak ke negara jiran gagal

by Air Times News Network

TAWAU, 8 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mengagalkan cubaan sebuah bot yang melakukan aktiviti menyeludup minyak masak ke negara jiran di perairan Log Pond, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superitenden Ridzauddin Selamat berkata, bot berkenaan ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai beberapa kotak minyak masak.

“Bot yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun itu didapati membawa barang kawalan tersebut tanpa permit daripada Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” ujarnya dalam satu hantaran media sosial PPM Wilayah 4.

Ridzauddin berkata, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada KPDNHEP Tawau untuk tindakan lanjut serta kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot dianggarkan berjumlah RM48,400,” jelas beliau. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply