Home Pertahanan dan Keselamatan Malvus Sense ketengah bakat anak muda bumiputera kuasai teknologi dron

Malvus Sense ketengah bakat anak muda bumiputera kuasai teknologi dron

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=3cdkN36cs7A[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 2 Apr – Syarikat Malvus Sense asah bakat anak muda bumiputera yang mempunyai inovasi dan pemikiran luar kotak untuk membina sistem dron 100 peratus buatan Malaysia.

Pengarah Urusan Syarikat Malvus Sense, Dr Syed Omar Syed Mohamad berkata, syarikat tersebut telah mengeluarkan sistem produk perkhidmatan teknologi dron kepada sektor swasta dan kerajaan.

Kesemua hasil pengeluaran alat teknologi sistem dron adalah hasil daripada anak-anak muda bumiputera yang mempunyai inovasi dan juga pemikiran di luar kotak – Pengarah Urusan Syarikat Malvus Sense

“Kesemua hasil pengeluaran alat teknologi sistem dron adalah hasil daripada anak-anak muda bumiputera yang mempunyai inovasi dan juga pemikiran di luar kotak,

“Mereka juga yang akan mengetengahkan industri teknologi dron tempatan dan memberi fokus yang lebih kepada pasaran termasuk dari dalam dan luar negara,” katanya ketika ditemui oleh Air Times.

Syed Omar menambah, pihaknya juga telah mengadakan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Petronas dan Sime Darby serta beberapa syarikat di negara ini.

“Syarikat ini telah diiktiraf oleh Aviation Team Petronas. Kesemua pembaikan adalah dilakukan oleh kami sendiri,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply