Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Segerakan Akta Anti Lompat Parti atau kami kembali ke jalan – Mat Sabu

Segerakan Akta Anti Lompat Parti atau kami kembali ke jalan – Mat Sabu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu mengesa kerajaan agar melaksanakan segera Akta Anti Lompat Parti bagi memastikan kestabilan politik di Malaysia.

Beliau menjelaskan, rakyat mula hilang kepercayaan kepada sistem politik yang sedia ada, di mana setiap kali Pilihan Raya diadakan, peratus keluar mengundi begitu rendah.

“Diantara sebabnya mereka tidak percaya kepada sistem sedia ada dan wakil rakyat yang menang,

“Untuk memulihkan keadaan ini, memulihkan sistem berparlimen ini, Akta Anti Lompat Parti mesti disegerakan,

“Kalau tidak ada Akta Anti Lompat Parti ini, bagaimana hendak melaksanakan polimenteri yang subur. Inilah yang menjadi halangan terbesar negara sekarang ini,” ujarnya ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, sekiranya Akta Anti Lompat Parti ini tidak dilaksanakan, beliau dan rakan-rakan akan kembali ke jalan raya untuk mendesak kerajaan.

“Kalaulah Akta Antilompat Parti tidak diperkenalkan kali ini atau dalam sidang khas Parlimen, saya dan rakan-rakan barangkali akan kembali semula ke jalan raya untuk mendesak,

“Sebab kita lihat apabila bercakap di Parlimen, kadang-kala ianya tidak dipedulikan. Barangkali mereka mahu seperti dahulu, ratusan rakyat berada di jalan raya baru hendak dengar suara rakyat,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Mohammad Sabu berkata, demokrasi berparlimen di Malaysia ketika ini tidak subur disebabkan oleh hilangnya kepercayaan rakyat terhadap individu yang melaksanakan ‘Sheraton Move’.

Tegasnya, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) turut terjejas disebabkan oleh sifat sesetengah pemimpin politik.

“CPI tahun 2018 kita di tempat 61, 2019 di bawah Pakatan Harapan (PH) nombor 51. Sekarang CPI kita kembali kepada tempat 62,

“Kenapa rasuah tinggi? Sebab nak jaga itu, nak jaga ini, jaga kumpulan itu, jaga parti ini, bagi jawatan dan akhirnya rasuah meningkat,

“Lihat pilihan raya di 3 negeri, ratusan juta ringgit kita hilang, sedangkan pilihan raya tidak perlu kalau politik stabil,

“Tiga pilihan raya ini telah memakan belanja yang begitu banyak sebab itu kita lihat CPI makin meningkat kerana demokrasi Parlimen tidak stabil,

“Maka, kita harap bentang segera RUU Anti Lompat Parti, ini amaran terakhir daripada kami,” katanya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply