Home Semasa KKM sudah kompaun Kit Siang – Khairy

KKM sudah kompaun Kit Siang – Khairy

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kompaun ke atas Penasihat DAP, Lim Kit Siang, jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sehubungan itu, Khairy Jamaluddin dalam ciapan Twitternya turut meminta supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjelaskan satu kompaun yang dikenakan terhadap beliau berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang. KKM juga harap @NajibRazak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN Johor yang masih belum settle,

“KKM juga harap @NajibRazak menerima 4 lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS enggan terima sebelum ini,” kata KJ.

Terdahulu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mempersoalkan mengapa Kit Siang tidak dikenakan kompaun selepas melanggar SOP apabila gambarnya berpelukan dengan ahli-ahli parti dan pemimpin Pakatan Harapan dalam Kongres DAP yang berlangsung pada Ahad lepas.

Najib dalam ulasannya turut menyebut nama Khairy Jamaluddin yang telah menyamannya beberapa kali kerana melanggar SOP.

“Kenapa pula artis Anugerah Juara Lagu boleh disaman (kerana) berpeluk tapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tak saman DAP?,

“Saya tak berniat jahat tapi geng inilah yang paling seronok tuduh saya langgar SOP sehingga (menteri kesihatan) Khairy Jamaluddin saman saya banyak kali,

“Lebih elok juga ahli-ahli parlimen DAP yang berpeluk dengan Kit Siang semalam kuarantin kendiri dan jangan datang parlimen. Silap-silap seluruh dewan dijangkit mereka,

“Apapun, saya juga doakan kesemua mereka selamat daripada dijangkiti,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Respon Khairy itu kemudiannya mendapat reaksi segera Najib yang tampil mempersoalkan apakah hanya Lim sahaja yang dikenakan kompaun tersebut.

“Kit Siang seorang saja yang kena kompaun? Itupun satu kompaun berjumlah RM1,000 yang dikeluarkan semalam,

“Tapi yang berpeluk itu adalah berpuluh orang?” ujar Najib dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply