MIRI, 22 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan 2 buah bot tunda bersama sebuah tongkang di kedudukan kurang 3.6 batu nautika barat Tanjung Lobang, semalam.
Pengarah Zon APMM Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Haji Paing berkata, mereka ditahan akibat operator gagal mengemukakan sebarang dokumen yang berkaitan ketika diperiksa.
“Semasa penahanan pertama 4 kru termasuk nakhoda telah ditahan bersama sebuah bot tuan bersama tongkang oleh APMM,
“Penahanan kedua pulak berjaya menahan sebuah tongkang yang dikendalikan oleh 7 kru termasuk nakhoda terdiri daripada 5 warga tempatan, seorang warga Indonesia dan seorang warga Myanmar,
“Kru kapal serta nakhoda yang ditahan dianggarkan berusia lingkungan 24 hingga 67 tahun,”jelasnya dalam satu hantara media sosial hari ini.
Shafie menjelaskan, kesemua anak kapal, bot tunda serta tongkang telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen. -airtimes.my