Home Pertahanan dan Keselamatan ATM perlu peruntukan tambahan selenggara aset

ATM perlu peruntukan tambahan selenggara aset

by Bernama

TANAH MERAH, 5 Mac — Kementerian Pertahanan memerlukan peruntukan tambahan bagi kerja-kerja penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang digunakan ketika operasi membantu mangsa banjir, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Beliau berkata ketiadaan aset khusus bagi kerja-kerja menyelamat menyebabkan aset pertahanan sedia ada, diguna pakai ketika operasi banjir.

Katanya penyelenggaraan berkala perlu dilakukan, bagi memastikan semua aset ATM bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

“Apabila berlaku banjir berskala besar dan luar jangka seperti yang berlaku di Selangor dan Pahang baru-baru ini, aset ATM tidak mencukupi dan kita hanya guna apa yang ada,

“ATM memerlukan bajet untuk penyelenggaraan aset yang sewajarnya bagi penugasan serta menghadapi bencana alam seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jiwa Murni (PJM) Pemimpin dan ATM Bersama Rakyat di Felda Kemahang, di sini hari ini. – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply