Home Pertahanan dan Keselamatan Tekong darat bersama 6 PATI dicekup di Sabak Bernam

Tekong darat bersama 6 PATI dicekup di Sabak Bernam

by Nurulhuda

SABAK BERNAM, 5 Mac – Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih telah menahan seorang lelaki tempatan dipercayai sebagai tekong darat (transpoter) bersama 6 pendatang asing tanpa izin (PATI) di persisir Pantai Semendi, pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Semenyih, Superintenden Polis Rizal Mohamed berkata, anggotanya bersama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam telah menahan sebuah kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan pada jam 2.00 petang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut, anggotanya telah menahan 4 lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 40 tahun.

Rizal menjelaskan, hasil siasatan juga telah menjumpai seorang lelaki dan wanita warga asing berumur 31 serta 36 tahun di lokasi berhampiran.

“Pemeriksaan mendapati kesemua warga asing berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai masuk ke negara asal melalui laluan yang tidak diwartakan dengan menggunakan jalan laut,” jelasnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke IPD Sabak Bernam untuk tindakan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1963.

“Turut dirampas sebuah kenderaan dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM32,000.00,

“Kesemua tangkapan menjalani ujian saringan COVID 19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas polis,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Rizak turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply