NEGERI SEMBILAN, 27 Feb – Seramai 5 pegawai dan 142 anggota dari Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (14 RAMD Mek), telah melaksanakan eksesais Pasak Bumi disekitar Jelebu dan Kuala Pilah mulai 16 hingga 25 Feb lalu.
Objektif eksesais ini dilaksanakan bagi tujuan menguji serta mempertingkatkan daya kepimpinan, pemerintahan dan kawalan di peringkat seksyen, platun serta kompeni di dalam Peperangan Melawan Insurgensi.
Markas Briged Keempat Mekanize (4 Bgd Mek) dalam kenyataan berkata, 12 RAMD (Mek) telah dilantik sebagai wasit manakala 4 Bgd (Mek) pula tim Evaluasi.
Pada peringkat akhir eksesais ini, Panglima 4 Bgd (Mek), Brigedier Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin turut melakukan lawatan ke kawasan latihan bagi mendengar perintah serangan yang disampaikan oleh Ketua Kompeni Bravo. – airtimes.my