Home Pertahanan dan Keselamatan MAB tinjau lokasi latihan tentera Malaysia-Indonesia

MAB tinjau lokasi latihan tentera Malaysia-Indonesia

A+A-
Reset

LANGKAWI, 26 Feb – Markas Angkatan Bersama (MAB) telah melaksanakan tinjuan lokasi latihan bertempat di Akademi Koreksional Malaysia (AKM) Langkawi, pada Khamis.

AKM menerusi hantaran di media sosial rasminya berkata, lawatan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Asisten Ketua Staf (AKS) J3, Laksamana Pertama Baharudin Wan Md. Nor diiringi Kolonel Zulfakar Abdul Wahid.

“Lawatan ini merupakan tinjauan kawasan bagi Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia (LATGABMA) serta Latihan Darat Samudera dan Angkasa (DARSASA) yang akan diadakan pada September 2022,

“AKM telah tersenarai untuk latihan ketenteraan tersebut bersama lain-lain pusat latihan di Langkawi,” kata hantaran itu.

Ketibaan lawatan ini telah disambut oleh Pengarah AKM, Timbalan Komisioner Penjara Dr. Kamsiah Kamin dan Penguasa Penjara Mohd Mazairi Majid bersama pegawai kanan AKM. – airtimes.my

KATA KUNCI : Akademi Koreksional MalaysiaAngkatan Tentera Malaysia (ATM)DARSASAIndonesiaJabatan Penjara MalaysiaKolonel Zulfakar Abdul WahidLaksamana Pertama Baharudin Wan Md. NorLATGABMAMALINDOMarkas Angkatan BersamaPP Mohd Mazairi MajidTKP Dr. Kamsiah Kamin

Leave a Reply