Home Semasa Siasatan selesai, SC gagal temui bukti pelanggaran akta oleh Azam Baki

Siasatan selesai, SC gagal temui bukti pelanggaran akta oleh Azam Baki

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengesahkan tiada sebarang penemuan konklusif bahawa pelanggaran terhadap akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menurut SC dalam satu kenyataan berkata, siasatan dibuat sama ada telah berlaku pelanggaran di bawah seksyen 25(4)  Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

“Pada peringkat awalnya, SC ingin menyatakan bahawa sebagai pengawal selia pasaran modal, bidang kuasa kawal selia SC adalah sebagaimana yang terkandung di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA),

“Siasatan tersebut adalah berkaitan dengan isu sama ada telah berlaku pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA. Seksyen 25(4) menyatakan bahawa suatu akaun dagangan mesti dibuka di atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa.

“SC telah menamatkan inkuiri dan berdasarkan keterangan yang dikumpul, pihak SC tidak dapat membuat penemuan secara konklusif bahawa pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA telah berlaku,” katanya.

Pada 6 Januari lalu, SC mengesahkan pihaknya akan menghubungi semua pihak termasuk Azam Baki dan adiknya, Nasir, berhubung pembelian saham pada 2015.

Sebelum itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM menolak dakwaan bahawa beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat. Beliau menegaskan perkara tersebut merupakan satu tohmahan yang berniat jahat.

Selain daripada itu, beliau menegaskan saham-saham yang didakwa dimiliki beliau adalah dibeli oleh adiknya melalui pasaran terbuka. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply