Home Pertahanan dan Keselamatan Bot karam: 6 PATI ditemui lemas, 7 selamat

Bot karam: 6 PATI ditemui lemas, 7 selamat

by Nurulhuda

PONTIAN, 18 Jan – Seramai 6 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemukan lemas,manakala 7 lagi terselamat dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Pisang, tengah malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, 3 mangsa wanita telah ditemui oleh bot nelayan tempatan di kedudukan 3.3 batu nautika barat daya pontian kecil, walau bagaimanapun hanya seorang daripada mereka selamat manakala dua lagi mati lemas.

“Pada jam 2.30 petang seorang lagi mangsa wanita ditemui lemas oleh bot ronda APMM di kedudukan 3.5 batu nautika barat daya Pontian Besar,

“Manakala, pada jam 3.00 petang tadi bot ronda Pasukan Polis Marin (PPM) telah menemui baki 3 mangsa wanita yang ditemui lemas,

“Dengan penemuan tersebut menjadikan kesemua 13 mangsa kejadian bot karam telah ditemui,” jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Nurul Hizam menjelaskan, dalam kejadian itu ombak yang dipercayai setinggi 3 meter telah menyebabkan bot fiber sepanjang 7.62 meter yang dinaiki seramai 11 PATI wanita dan 2 tekong yang kesemuanya adalah warga Indonesia.

Tambahya, ia menyebabkan bot itu terbalik dan karam kira-kira 4.2 batu nautika dari Pantai Pontian Besar.

Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) diaktifkan pada jam 10.20 pagi tadi setelah menerima aduan awam mengenai penemuan 6 mangsa warga Indonesia diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 0.3 batu nautika barat daya Pontian Besar.

“Operasi ini melibatkan sebuah pesawat udara dan 6 aset laut dengan kekuatan anggota seramai 8 orang pegawai dan 50 anggota dari APMM,

“Selain itu, anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta komuniti nelayan di Pontian Besar turut membantu operasi pencarian ini,

“Op Carilamat yang diaktifkan pada jam 10.20 pagi tadi telah ditamatkan pada jam 3.40 petang,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply