Home Semasa Mana boleh SPRM siasat SPRM – Fahmi Fadzil

Mana boleh SPRM siasat SPRM – Fahmi Fadzil

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil hari ini menegaskan isu pengakuan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu disiasat secara telus dan menyeluruh.

Menurut beliau, siasatan perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Polis Diraja Malaysia atau Parlimen.

“SPRM tidak boleh siasat SPRM – ia akan menimbulkan kepincangan dan pencanggahan kepentingan (Conflict of Interest),

“Pada pendapat saya, kes ini perlu dibawa dan disiasat sepenuhnya di Parlimen,” kata Fahmi Fadzil semasa sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, hari ini.

Beliau menambah, Azam Baki perlu direhatkan sebaik sahaja siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham berjalan.

“Azam Baki sepatutnya direhatkan sebaik sahaja siasatan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berjalan pada 24 Nov lalu,

“Ini bagi memastikan integriti SPRM tidak tercemar,” katanya.

Terdahulu, Fahmi bersama 4 Ahli Parlimen pembangkang tiba di IPD Dang Wangi bagi membuat laporan polis terhadap Azam Baki.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menggesa satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan terhadap SPRM.

“Kita mahukan siasatan telus, mendalam dan menyeluruh dibuat, bukan sekadar pada Azam Baki, tapi keseluruhan SPRM itu sendiri,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply