Home Semasa Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Jeli hingga Jumaat

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Jeli hingga Jumaat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Jeli, Kelantan sehingga Jumaat.

METMalaysia menerusi hantaran di media sosilanya berkata, amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Kelantan melibatkan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Hujan berterusan tahap buruk juga di Terengganu membabitkan Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala Pahang pula melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan serta Pekan sehingga Sabtu ini.

Selain itu, METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di negeri Perlis dan Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling).

“Ia juga melibatkan Hulu Perak; Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh); Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin) serta Johor sehingga Sabtu ini.

Hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad ini. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply