Home Semasa Rompakan RM700 ribu, pegawai SPRM direman

Rompakan RM700 ribu, pegawai SPRM direman

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Dua individu termasuk pegawai agensi penguat kuasa masing-masing direman 3 dan 4 hari bagi membantu siasatan kes rompakan melibatkan sebanyak RM700,000 pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua suspek ini ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi masing-masing pada Sabtu dan Ahad.

“Kedua-dua suspek ditahan di pekarangan pejabat mereka dan direman 3 dan 4 hari bagi siasatan lanjut,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, katanya seramai 12 individu turut dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis selepas disyaki terlibat kes rompakan berkumpulan di sebuah kediaman di Jalan Ampang.

Rompakan yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari itu membabitkan seorang ahli perniagaan warga China dengan kerugian mencecah RM1 juta.

Siasatan awal polis mendapati 3 lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa sebelum memecah masuk rumah mangsa.

2 daripada suspek termasuk seorang pegawai penguat kuasa masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an ditahan manakala, seorang lagi masih diburu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply