Home SemasaGlobal Thailand terima 4 helikopter baharu H225M

Thailand terima 4 helikopter baharu H225M

by M.Daim

BANGKOK, 13 Dis – Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) telah menerima 4 buah helikopter H225M dari Airbus.

Pihak Airbus dalam satu kenyataan berkata, penghantaran kesemua helikopter terbaharu tersebut menjadikan jumlah H225M dioperasikan oleh RTAF adalah sebanyak 12 buah.

“Keempat-empat helikopter ini akan digunakan oleh RTAF untuk melaksanakan misi mencari dan menyelamat tempur (CSAR) serta pengangkutan tentera,

“Penghantaran terkini menjadikan jumlah H225M dioperasikan RTAF meningkat kepada 12 buah di bawah pelan modenisasi angkatan udara negara itu,” katanya.

Sehingga kini, sebanyak 125 buah H225M dioperasikan di seluruh dunia dengan jumlah jam penerbangan keseluruhan melebihi 150 ribu jam.

Helikopter ini dioperasikan oleh Brazil, Perancis, Indonesia, Malaysia, Mexico, Singapura, Thailand, dan Kuwait. -airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply