Home Pertahanan dan Keselamatan Pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, Tentera Darat erat hubungan dengan masyarakat setempat

Pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, Tentera Darat erat hubungan dengan masyarakat setempat

by Nurulhuda

GEDONG, 13 Dis – Seramai 23 anggota termasuk pegawai dari Batalion Pertama Perubatan (1 Ubat) dan 609 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) Semenggo telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) kesihatan serta pergigian sempena pengisytiharaan Daerah Gedong di Dataran Gedong, semalam.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, program ini dilaksanakan untuk membantu warga Kampung Gedong mendapat pendidikan kesihatan seterusnya pemeriksaan kesihatan sekaligus mengeratkan hubungan yang sedia terjalin sebelum ini.

Menurutnya, seramai 30 orang pesakit yang hadir terdiri dari 16 orang lelaki dan 14 orang perempuan telah telah membuat pemeriksaan kesihatan manakala 3 orang lelaki serta 16 orang perempuan menjalani rawatan pergigian.

“Sejajar dengan matlamat Tonggak ke 5 Perintah Ulung PTD ke 28 yakni meningkatkan hubungan baik Tentera Darat bersama masyarakat awam, Program Jiwa Murni kesihatan dan pergigian telah diadakan pada 12 Disember 2021,

“Seramai 3 pegawai dan 20 anggota dari pasukan 1 Ubat dan 609 PGAT Semenggo telah terlibat dalam program ini,

“Pemeriksaan telah dijalankan dengan jayanya menepati norma baharu di mana jumlah pesakit dihadkan kepada 5 orang dalam satu masa demi memastikan penjarakan sosial terjamin,” jelasnya.

Selain itu, pihak 1 Ubat dan 609 PGAT juga telah mengunjungi Tadika Sedidik Gedong untuk memberikan pendidikan kesihatan iaitu pertolongan cemas bagi kanak kanak dan penjagaan kebersihan mulut dan gigi.

“Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaubagaimanapun penyertaan terpaksa dihadkan kepada 40 orang kanak-kanak dan ibu bapa demi menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” tambahnya.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Pergigian 1 Divisyen, Kolonel (Dr) Nor Azman Ab Rahim dan
Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan 1 Divisyen, Leftenan Kolonel (Dr) Tharmalingam AL Rajalingam. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply