Home Semasa 4 penguat kuasa antara 7 ditahan terlibat samun barang kes

4 penguat kuasa antara 7 ditahan terlibat samun barang kes

by Nurulhuda

SEPANG, 29 Nov – Seramai 7 individu termasuk 4 anggota penguat kuasa ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas disyaki terbabit dalam satu kejadian samun minuman keras di Dengkil, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek yang berusia 25 hingga 49 tahun itu dipercayai membantu sindiket samun dengan membocorkan maklumat berhubung lokasi penyimpanan minuman keras yang telah dirampas oleh sebuah agensi penguatkuasaan sebelum ini.

“Kes tersebut dipercayai ada kaitan dengan kebocoran maklumat daripada agensi penguatkuasa bahawa barang kes terletak di tempat yang tertentu,

“Kejadian samun berlaku sekitar jam 2.30 pagi Khamis lalu, di mana seramai 3 orang lelaki India yang dengan menggunakan sebuah lori menyamun barang kes berkenaan dan mengikat pegawal keselamatan yang bertugas pada masa tersebut,

“Suspek kemudiannya memunggah minuman keras yang berada dalam sebuah lori di tempat simpanan itu ke dalam lori yang dibawa mereka sebelum membawa keluar barang kes berkenaan pada pukul 5 pagi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, hari ini.

Menurut Mazlan, hasil laporan polis yang diterima, pihak polis berjaya menahan 4 orang penguatkuasa bagi membantu siasatan dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas mereka telah menemui sejumlah wang tunai serta dadah pelbagai jenis.

“Hasil daripada siasatan yang dijalankan, pihak polis telah menjumpai lori yang digunakan dan dadah jenis pil captagon seberat 2 kilogram, 47 biji pil erimin 5 dan kokain 4.9 gram bernilai RM559,899,

“Turut dirampas telefon bimbit, alat penimbang elektronik, serta wang sebanyak RM111,100 yang dijumpai dalam kereta milik salah seorang penguatkuasa terbabit,” tambahnya.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan untuk mencari saki baki individu yang berkaitan dengan kes samun tersebut. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply