Home Politik Sedia kongsi pengalaman untuk bangunkan Sungai Udang – Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Zahar

Sedia kongsi pengalaman untuk bangunkan Sungai Udang – Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Zahar

by M.Daim

MELAKA, 14 Nov – Terlibat dalam peletakan senjata oleh Unit Penggempur Keenam Parti Komunis Malaya (PKM), pemerhati proses keamanan di Angola, peletakan senjata oleh unit induk PKM serta menjadi pegawai diplomat di Filipina antara pengalaman yang ditimba oleh calon Bebas Sungai Udang, Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd Zahar.

Berkhidmat sebagai anggota tentera selama 40 tahun telah memberikan banyak pengalaman dan pelbagai cetusan idea baharu untuk membangunkan kawasan Sungai Udang.

Itu adalah perkara yang dikongsikan oleh calon Bebas yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Sungai Udang, Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd Zahar.

“Saya tidak mahu pengalaman yang ditimba selama 40 tahun ini hilang begitu sahaja, Pengalaman bertugas di luar negara memberikan cetusan idea tersendiri kepada saya.

“Ia boleh digunakan untuk memberikan manfaat kepada semua,” kata Zahar dalam wawancara eksklusif bersama Air Times.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai anggota tentera, anak kelahiran Masjid Tanah ini menjelaskan beliau telah menggunakan sebaiknya peluang untuk berinteraksi dengan orang ramai.

“Sepanjang karier saya dalam tentera, saya banyak berinteraksi dengan orang ramai, termasuklah memainkan peranan sebagai seorang diplomat,

“Banyak pengalaman yang saya timba terutamanya untuk berbuat baik dengan semua orang dan mengelakkan sebarang keadaan tidak memuaskan,” ujarnya.

Jelas Zahar, pengalaman beliau di luar negara boleh digunakan sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah di negara termasuk kawasan yang akan diwakilinya ini jika berlaku situasi serupa.

Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka yang sedang berlangsung pada ketika ini merupakan kemunculan pertama beliau dalam arena politik. – airtimes.my

Nantikan siri ke-2 wawancara eksklusif Air Times bersama Calon Bebas Sungai Udang, Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd Zahar Hashim pada tengah hari esok.

 

Related Articles

Leave a Reply