Home Semasa COVID-19: 11,332 kes baharu, Sarawak catat jangkitan tertinggi⠀

COVID-19: 11,332 kes baharu, Sarawak catat jangkitan tertinggi⠀

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Sebanyak 11,332 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam selepas mencatatkan 10,959 jangkitan pada Isnin. ⠀

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, penambahan kes pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif wabak berkenaan di dalam negara meningkat kepada 2,220,526 kes. ⠀

Beliau berkata, 4 negeri mencatatkan kes harian lepasi 1 ribu iaitu Sarawak dengan 2,358 kes diikuti Johor (1,319 kes), Selangor (1,231 kes) dan Kelantan (1,088 kes).

“Sabah (965 kes); Pulau Pinang (895 kes); Kedah (819 kes); Perak (678 kes); Pahang (677 kes); Melaka (303 kes) dan Kuala Lumpur (240 kes),

“Sementara negeri yang menctaat kes di bawah 100 ialah Putrajaya (19 kes), Perlis (19 kes) dan Labuan (3 kes),” katanya menerusi hantaran di laman sosialnya, hari ini.

Semalam, Malaysia mencatatkan 10,959 kes baharu COVID-19 di mana, 205 jangkitan merupakan pesakit dalam ketegori 3, 4 dan 5, selain 10,754 pesakit terdiri daripada ketegori 1 dan 2.-airtimes.my ⠀

Related Articles

Leave a Reply