Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas beras seludup berjumlah RM25 ribu di Kelantan

PGA rampas beras seludup berjumlah RM25 ribu di Kelantan

by Air Times News Network

Kota Bahru, 28 Sept – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai jenama beras seludup sebanyak 6,345 kilogram (kg) ke atas 10 premis di sekitar Pasar Besar Wakaf Bahru semalam.

Pegawai Memerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan pemerhatian dibuat selama seminggu berkait aktiviti penyeludupan beras yang dijalankan.

“Seramai empat pegawai dan 25 anggota telah terlibat dalam pelaksanaan Operasi Khas (Op Khas) yang dilaksanakan di kawasan sekitar Pasar Besar Wakaf Bahru, Kelantan,

Menurut Azhari, hasil pemeriksaan ke atas 10 premis yang yang dijalankan telah berjaya merampas pelbagai jenama beras seludup sebanyak 6,345 kg dan anggaran nilai RM25 ribu.

Tambahnya, dalam Op Khas yang jalankan, pihak PGA telah berjaya menahan sembilan orang warga tempatan terdiri daripada empat orang lelaki dan lima orang perempuan berusia lingkungan antara 43 hingga 69 tahun.

“Hasil daripada risikan maklumat dan pemerhatian yang dibuat, kesemua bekalan beras dihantar oleh runner ataupun orang yang diupah untuk mengangkut beras seludup daripada sempadan Malaysia – Thailand ke peniaga-peniaga tersebut,

“Runner ini meraih upah bermula daripada RM20 hingga RM30 bagi setiap trip penghantaran bekalan beras ke lokasi yang dituju,

“Kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan beras ini terdiri daripada kereta dan motorsikal serta bekalan beras dihantar dalam skala kecil-kecilan ke lokasi yang dituju setelah aktiviti penyeludupan di sempadan,

“Taktik ini adalah bagi mengaburi mata pihak penguatkuasa yang membuat rondaan dan kesemua bekalan beras ini diperoleh daripada pengkalan-pengkalan haram sekitar kawasan Pengkalan Kubor,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply