Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: Tentera Darat berkas 16 PATI Indonesia ceroboh sempadan negara

Op Benteng: Tentera Darat berkas 16 PATI Indonesia ceroboh sempadan negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menahan 16 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia yang cuba ceroboh masuk ke Malaysia melalui laluan tidak sah, malam tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat dari anggota Pos Pemerhati yang telah mengesan pergerakan bot dalam keadaan mencurigakan merapat ke pesisir pantai Ladang Kurnia, Kota Tinggi.

Menurutnya, pasukan telah menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) bagi melaksanakan penjejakan di kawasan berkenaan.

“Serbuan telah dilakukan pada jam 11.30 malam dan berjaya menahan 16 PATI yang sedang bersembunyi di tepi Pantai Ladang Kurnia,

“Kesemua PATI terdiri daripada 6 lelaki dan 10 wanita yang berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun di percayai memasuki ke negara melalui jalan tidak sah,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 2,400 melibatkan matawang Indonesia bersama 5 buah telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” tambahnya.

Pada masa yang sama, pihaknya menjelaskan tim QRF meneruskan operasi bagi menjejak dan mencari kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan dilakukan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply